SOALAN LAZIM | FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
SOALAN LAZIM

Soalan Lazim
1
1.  Apakah keperluan asas untuk pengambilan program Master of Environment (MEnv)? 2.  Bila dan dimana kelas diadakan? 3.  Apakah bahasa penghantar untuk program? 4.    Berapkah jumlah bayaran untuk Program Master of Environment (MEnv)?Perlukah saya bayar penuh pada permulaan kursus? 5.  Pada waktu bilakah pengambilan  Program Master of Environment (MEnv) 6.  Bagaimanakah saya ingin memohon?7. Apakah program-program yang ditawarkan di UPM?  8. UPM merupakan sebuah universiti penyelidikan. Apakah maksud universiti penyelidikan? 

1. Apakah keperluan asas untuk pengambilan program Master of Environment (MEnv) ? Untuk kelayakan Master of Environment (MEnv) calon mestilah mempunyai kelayakan berikut:               Pemohon adalah pemegang ijazah dalam bidang Sains Alam Sekitar atau yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.25;                  Pemegang ijazah dalam bidang lain dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.5 boleh dipertimbangkan tetapi perlu mengambil dan lulus kursus yang dibuat mengikut Jabatan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar ;                  Pemohon yang mempunyai CGPA kurang daripada keperluan minimun tetapi mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan mungkin boleh dipertimbangkan.   2.             Bila dan dimana kelas diadakan? Kelas pagi akan bermula sama ada pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi pada hari Ahad atau 11.00 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu. Sementara kelas petang pula bermula 2.30 petang hingga 5.00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad atau pun pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad     3. Apakah bahasa penghantar untuk program? Semua kelas  MEnv menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Anda perlu menulis tugasan kelas, Kajian Kes, Projek dalam bahasa Inggeris.                  4. Berapkah jumlah bayaran untuk Master of Environment (MEnv) ? Perlukah saya bayar penuh pada permulaan kursus? Bayaran Asas Warganegara Semester Jumlah Pelajar Malaysia Semester Pertama  RM 1200 Semester Kedua dan seterusnya RM 950 Pelajar Asing sama seperti di atas dengan tambahan RM 1000 per semester Bayaran Kredit                   RM200 untuk satu kredit. Untuk program 36 credit, jumlah bayaran kredit adalah RM7200                 5. Pada waktu bilakah pengambilan Program Master of Environment (MEnv)? Pengambilan untuk program Master of Environment (MEnv) adalah pada Jun dan Disember setiap tahun.                   6.  Bagaimanakah saya ingin memohon? Anda boleh mengisi borang  online atau muat turun di laman web http://www.gso.upm.edu.my7. UPM menawarkan program bagi prasiswazah dan juga pasca siswazah di mana maklumat selebihnya boleh didapati di laman web UPM (www.upm.edu.my).  8. Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada lima (5) buah universiti awam iaitu : Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ciri-ciri Universiti Penyelidikan: Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan Kemasukan kompetitif Pensyarah berkualiti Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50    

Kemaskini:: 23/09/2015 [masridien]

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466733
0389438109
masridien@upm.edu.my