Program Bacelor Sains
Alam Sekitar
Jabatan Sains Alam Sekitar menawarkan program ijazah
Bacelor Sains (Alam Sekitar) yang mengambil masa tiga tahun. Ijazah
ini adalah pada peringkat kepujian (honours) dan dianggap sebagai
ijazah profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sistem semester digunakan dan satu tahun terdiri daripada dua
semester, yang bermula pada bulan Jun (Semester 1) dan bulan December
(Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk
satu minggu cuti semester dan tiga minggu masa Peperiksaan Akhir.
Penuntut perlu menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit,
termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian
(6 kredit) sendirian. Satu kredit adalah merupakan kuliah satu-jam
atau kelas amali tiga jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa
tiga tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit.
Ini bermakna penuntut mengambil lima hingga tujuh kursus dalam
satu semester.
Universiti mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira
60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau
tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya
adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.
Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar
daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang
lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London,
UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University
of East Anglia, Norwich, UK.
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
- Kesihatan Alam Sekitar
- Teknik Dan kaedah Pengukuran Alam Sekitar 1
- Prinsip Biologi Alam Sekitar
- Hidrologi Dan Sumber Air
- Meteorologi
- Teknologi Kawalan Pencemaran Air
- Sisa Toksik Dan Berbahaya
- Proses Pinggir Laut
- Latihan Profesional
- Projek
- Hidrogeologi
- Manusia Dan Alam Sekitar
- Prinsip Kimia Dalam Alam Sekitar
- Prinsip Fizik Alam Sekitar
- Prinsip Kualiti Perawatan Air Minuman
- Pencemaran Udara Dan Kebisingan
- Metodologi Alam Sekitar
- Kimia Alam Sekitar
- Teknologi Pengolahan Sisa Pepejal
- Biologi Pencemaran
- Research Design And Method For Environmental Sciences
- Recent Advances In Environmental Sciences
- Sistem Tenaga
- Seminar Alam Sekitar
SYARAT KHAS PROGRAM
i. Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ (NGMP 2.33) salah satu mata pelajaran Matematik T atau Matematik Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.
ii. Calon lepasan matrikulasi
- Matrikulasi Sains Hayat/ Sains Fizikal, Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30dan
- Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ salah satu mata pelajaran Matematik atau Sains.
iii. Kemasukan lepasan kelayakan setaraf
- Diploma dari UPM atau lain- lain diploma dari Institusi lain yang sama atau setara dan diiktiraf.
- Kelulusan yang diiktiraf layak dan memuaskan Jawatankuasa Pemilih.
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Dr Mohd Kamil Yusoff
Ketua
Jabatan Sains Alam Sekitar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466770/6741
mkamil@env.upm.edu.my
|