Program Siswazah
Program Siswazah Penyelidikan
dengan Tesis
Fakulti menawarkan program siswazah penyelidikan dengan tesis. Biasanya
keperluan kemasukkan ke program Master adalah keputusan ijazah
Bacelor yang baik. Walaupun ijazah ini adalah melalui kajian penyelidikan,
penuntut mesti mengambil 9 kredit kursus untuk peringkat Master
dan 12 kredit untuk peringkat Kedoktoran selain daripada menyediakan
tesis untuk pemeriksaan penilai dalam dan penilai luar yang dilantikan.
Kemasukan
Kemasukan ke program ijazah lanjutan dikendalikan oleh Sekolah Pengajian Siswazah di Universiti. Pertanyaan boleh dikemukakan
kepada Sekolah Pengajian Siswazah.
Calon boleh memohon untuk menjalankan kajian dalam bidang-bidang
berikut dan merujuk kepada pensyarah yang berkaitan dengan bidang
penyelidikan yang dicadangkan.
- kajiiklim dan meteorologi
- kualiti udara dan permodelan serapan
- pencemaran udara, iklim dan tumbuhan
- hidrologi dan sumber-sumber air
- hidrologi lembangan
- hidrologi dan pencemaran air bawah tanah
- kualiti dan perawatan air
- pengawalan dan pengurusan pencemaran air
- pengurusan sisa pepejal dan toksik
- kesihatan alam sekitar dan penilaian risiko
- pembangunan bandar dan wilayah
- perancangan dan pengurusan alam sekitar
- perancangan pengangutan dan alam sekitar
- pelancungan dan alam sekitar
- proses estuari dan pinggir laut
- pengurusan zon pinggir laut
- ekonomi alam sekitar
- implimentasi Penilaian Kesan Alam Sekitar
- polisi dan pentadbiran alam sekitar
- Sistem Maklumat Geografik untuk alam sekitar
- penderiaan jauh dalam alam sekitar
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Dr Wan Nor Azmin Sulaiman
Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Pembangunan)
Pejabat Dekan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Malaysia
+60-3-89466764/6751
wannor@env.upm.edu.my
|