VisiVisi Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi fakulti yang bertaraf dunia, iaitu sebuah komuniti cendekiawan dan intelek bereputasi antarabangsa yang menjadi kebanggaan negara melalui sumbangannya dalam penulisan kesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepada kemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia.
MisiMisi fakulti ini ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional yang unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari untuk kemajuan ekonomi, sosial, budaya serta peningkatan kualiti hidup.
|