SejarahFakulti Pengajian Alam Sekitar,
Universiti Putra Malaysia (UPM), ditubuhkan pada 1 September
2004. Fakulti berkembang daripada Jabatan Sains Alam Sekitar,
Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Jabatan Sains Alam Sekitar
di UPM di tubuhkan pada bulan Ogos 1976 dan diletakkan dibawah
Fakulti Sains. Dengan kemasukkan Jabatan baru ini Fakulti Sains
dinamakan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar (FSAS). Dalam
tahun yang sama, program Bacelor Sains Alam Sekitar diperkenalkan.
Ijazah ini di iktirafkan sebagai ijazah profesional oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya merupakan program alam sekitar
yang pertama di Asia Tenggara. Fakulti Pengajian Alam Sekitar merupakan satu-satunya badan akademik di Malaysia yang menawarkan ijazah di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang alam sekitar. Ijazah Master Alam Sekitar juga ditawarkan melalui kerja kursus. Pegawai akademik Fakulti terdiri dari berbagai disiplin. Jabatan ini juga terlibat dalam berbagai projek penyelidikan. Di antara projek-projek ini melibatkan kerjasama dengan ahli-ahli lain samada di dalam atau diluar Universiti, contohnya, dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Agensi Antarabangsa Kerjasama Jepun (JICA), selain daripada Jabatan Alam Sekitar sendiri. |